Khasiat Goji

Jika berbicara mengenai buah goji, ia mungkin asing kepada sesetengah golongan masyarakat di negara ini.

Namun, buah tersebut sebenarnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk dunia terutama dari daerah Ningxia, China sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk tujuan kesihatan.

Di Ningxia, lebih 90 peratus populasi penduduknya beragama Islam dan mereka telah mengamalkan goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat dan menjalankan kehidupan yang aktif.

Goji atau nama saintifiknya Lycium barbarum merupakan sejenis tumbuhan herba yang berasal dari Banjaran Tibet dan Banjaran Himalaya.

Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.

Ini kerana ia dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan lobak.